Monday, June 22, 2009

MELAHIRKAN PEWARIS NEGARA YANG KELIRU?ITUKAH YANG KITA HARAPKAN?

Sudah lama sebenarnya perkara ini berbuku di hati penulis. Sakit hati sebenarnya saban hari melihat isu ini dipolitikkan.apa isunya, ahhh rasanya semua orang tahu mengenainya...isu bahasa inggeris dalam sistem pendidikan di Malaysia. Apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan?memajukan pewaris tunggak negara kita dengan bahasa Inggeris? Ya, sememangnya penulis tidak menafikan, bahasa ini sangatlah penting, namun janganlah berterusan mempolitikkannya. Carilah jalan penyelesaian segera supaya setiap masa yang ada tidak dipersiakan. Jangan lah kita terus menerus melakukan perbincangan, namun jalan penyelesaian tidak ke mana. Ingatlah para pewaris bangsa ini tidak menunggu anda, masa depan mereka terus berjalan detik demi detik....
Penulis bercakap daripada pengalaman penulis sendiri, adik penulis, sangat meminati pelajaran sains, setiap hari bercerita tentang eksperimen sains yang dipelajari dan dilakukannya di sekolah...beliau, minat, namun apabila tiba waktu peperiksaan, beliau kecundang...kenapa?bahasa inggeris jawapannya...untuk pengetahuan semua, ibubapa keluarga penulis mewakili sebahagian kecil atau besar ibubapa yang tidak berpelajaran tinggi, ibubapa penulis tidak mampu untuk mengajar anak-anak di rumah kerana kekangan ini. Sukar sebenarnya kerana mereka tidak memahami satu patah sekalipun dalam pelajaran yang dipelajari oleh anak-anak mereka, jadi bagaimana mereka hendak membantu? pada masa yang sama juga, keluarga kami bukannya orang yang senang yang mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen bagi setiap mata pelajaran ini, jadi terus tenggelamlah adik-adik penulis dalam minat yang tinggi dalam mata pelajaran ini namun, akibat halangan yang satu ini.

Penulis juga melihat perkara ini dari setiap pengalaman yang penulis lalui ketika belajar dulu, walaupun tiadanya dasar nan satu ini, penulis masih lagi mampu belajar sehingga ke universiti dan sehinggalah ke peringkat sarjana sekarang! Penulis juga masih mampu skor cemerlang dalam matematik dan sains biarpun dalam bahasa Melayu kerana kata kuncinya adalah satu, kita paham dan kita mampu meluahkan kefahaman secara terang dan jelas. Demikianlah dalam belajar, pemahaman yang jelas membantu kita menjayakan setiap solan yang datang kepada kita tidak kiralah dalam bahasa apa sekalipun biarpun bahasa ibunda kita. Lihat sahaja negara Jepun yang masih mampu bangkit sebagai negara termaju dunia biarpun bahasa ibunda masih lagi bermain di bibir.
Janganlah kita juga secara berterusan mengubah atau mengubal sesuatu perkara tanpa menilai setiap segi....kerana perkara ini mampu memberikan kesan yang mendalam kepada para pewaris bangsa negara yang melaluinya, mereka akan mudah keliru, bingung. Itukah yang kita mahu sebenarnya?melahirkan anak bangsa yang serba keliru?serba bingung?wajarkah ini?tepuk dada, tanyalah selera. Ingatlahlah anak-anak bangsa inilah pewaris harapan negara. Jika kita menyediakan acuan yang sedemikian rupa, begitulah bentuk yang kita akan perolehnya satu ketika nanti.Hayatilah....

No comments: