Friday, May 25, 2012

Wow, this this my first post after almost 3 years! haha. finally, dapat gak recover password. Penulis harus menulis semula untuk mengurangkan "gelojak jiwa". Ini bukannya bermaksud jiwa penulis tidak tenteram, tetapi melalui penulisan adalah salah satu cara untuk menenangkan jiwa penulis selain membaca.

Banyak yang telah berlaku dalam 3 tahun nie, bertunang, berkahwin, dan the best part menjadi seorang ibu kepada puteri. Alhamdulilah syukur, segalanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Penulis sangat menghargai setiap pengalaman yang tiba, segalanya banyak mengajar penulis untuk menjadi seorang manusis. Dari pengalaman jugalah penulis belajar erti dewasa, dan bukannya mudah sebenarnya menjadi orang dewasa. Namun, apa yang berlaku akan cuba dihadapi dengan tabah kerana kehidupan hanya sekali dan penulis dari dulu lagi memegang motto ini dalam kehidupan "life is short, dont make it hard". Insya Allah, jika kita redha, bersyukur, dan sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik, Allah S.W.T akan mempermudahkannya untuk kita. Percayalah!

Ok, di sini nampaknya setakat nie. Penulisan blog ini akan diteruskan pada masa2 akan datang sebagai "meditasi" penulis.hehe.

salam.