Wednesday, June 24, 2009

Cermin itu

Cermin itu,
Tampak gah.
untuk apa?
Untuk mengagungkan dirinya?
Untuk meninggikan imejnya?

Cermin itu,
tampak kotor.
Wajarkah dibersihkan?
Hilangkah kekotorannya?

Cermin itu,
memperlihatkan realiti.
benarkah itu realitinya?
Benarkah itu dirinya?

Bukan!Bukan!
Cermin itu bukanlah cerminan dirinya.
Siapakah cermin sebenarnya?
Manusia adalah cermin hakiki.

HARAPAN...IMPIAN...MIMPI...

Orang lama kita seringkali berpesan, “janganlah kita terlalu berharap, kerana jika takdirnya tidak seperti yang kita harapkan, besar kekecewaannya”. Ya, penulis akuinya, semakin besar harapan kita, semakin besarlah kekecewaan yang bakal kita hadapi. Bagi sesiapa yang pernah kecewa, sakit bukan?sakit yang bukan kepalang. Sakit fizikal boleh dilihat, namun, sakit yang di dalam, sukar untuk orang luar mentafsirkannya, ditambah lagi kesakitan ini apabila jika kita berusaha menyembunyikannya, memang sakit yang teramat sangat. Ahh...apa yang penulis rapikkan nie?berbalik dengan harapan kita tadi, penulis sebenarnya takut untuk meletakkan harapan yang tinggi kerana takut ianya akan hilang dalam sekelip mata saja.cuba bayangkan jika ini berlaku, mampukah penulis menghadapinya? bersediakah penulis?tidak kiralah sama ada bersedia atau tidak, jika sedemikian catatanNya, itulah lah realitinya.
Impian pula adalah sesuatu yang lebih lembut untuk diperkatakan...impian dan cita2 tidak banyak bezanya, kita boleh menanam impian yang mampu membantu kita fokus kepada matlamat dan cita-cita.Apa yang penting kita kita yakin dengan matlamat dan hala tuju yang ingin digapai.
Mimpi, mungkin hanya bersifat sementara, boleh hilang pada bila-bila masa, namun, mimpi mengindahkan hidup kita, mendamaikan jiwa kita jika apa yang dimimpikan adalah sesuatu yang indah. Mimpi juga mampu meruntun jiwa yang lara,jika demikian, lepaslah pegangan mimpi, berpaksikanlah kepada semula kepada realiti itulah yang sebaiknya.
Bagi diri penulis, penulis cuma mampu berdoa kepada Allah S.W.T agar semuanya berjalan dengan lancar...dugaan pasti akan datang...cuma penulis seharusnya bersedia, tabah, sabar dalam menghadapinya....penulis akan sentiasa tanamkan dalam diri ini dengan motto “harapan janganlah mengunung, impian seiring usaha, mimpi pula bukanlah sesuatu yang hakiki”. mimpi indah semua...

Monday, June 22, 2009

MELAHIRKAN PEWARIS NEGARA YANG KELIRU?ITUKAH YANG KITA HARAPKAN?

Sudah lama sebenarnya perkara ini berbuku di hati penulis. Sakit hati sebenarnya saban hari melihat isu ini dipolitikkan.apa isunya, ahhh rasanya semua orang tahu mengenainya...isu bahasa inggeris dalam sistem pendidikan di Malaysia. Apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan?memajukan pewaris tunggak negara kita dengan bahasa Inggeris? Ya, sememangnya penulis tidak menafikan, bahasa ini sangatlah penting, namun janganlah berterusan mempolitikkannya. Carilah jalan penyelesaian segera supaya setiap masa yang ada tidak dipersiakan. Jangan lah kita terus menerus melakukan perbincangan, namun jalan penyelesaian tidak ke mana. Ingatlah para pewaris bangsa ini tidak menunggu anda, masa depan mereka terus berjalan detik demi detik....
Penulis bercakap daripada pengalaman penulis sendiri, adik penulis, sangat meminati pelajaran sains, setiap hari bercerita tentang eksperimen sains yang dipelajari dan dilakukannya di sekolah...beliau, minat, namun apabila tiba waktu peperiksaan, beliau kecundang...kenapa?bahasa inggeris jawapannya...untuk pengetahuan semua, ibubapa keluarga penulis mewakili sebahagian kecil atau besar ibubapa yang tidak berpelajaran tinggi, ibubapa penulis tidak mampu untuk mengajar anak-anak di rumah kerana kekangan ini. Sukar sebenarnya kerana mereka tidak memahami satu patah sekalipun dalam pelajaran yang dipelajari oleh anak-anak mereka, jadi bagaimana mereka hendak membantu? pada masa yang sama juga, keluarga kami bukannya orang yang senang yang mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen bagi setiap mata pelajaran ini, jadi terus tenggelamlah adik-adik penulis dalam minat yang tinggi dalam mata pelajaran ini namun, akibat halangan yang satu ini.

Penulis juga melihat perkara ini dari setiap pengalaman yang penulis lalui ketika belajar dulu, walaupun tiadanya dasar nan satu ini, penulis masih lagi mampu belajar sehingga ke universiti dan sehinggalah ke peringkat sarjana sekarang! Penulis juga masih mampu skor cemerlang dalam matematik dan sains biarpun dalam bahasa Melayu kerana kata kuncinya adalah satu, kita paham dan kita mampu meluahkan kefahaman secara terang dan jelas. Demikianlah dalam belajar, pemahaman yang jelas membantu kita menjayakan setiap solan yang datang kepada kita tidak kiralah dalam bahasa apa sekalipun biarpun bahasa ibunda kita. Lihat sahaja negara Jepun yang masih mampu bangkit sebagai negara termaju dunia biarpun bahasa ibunda masih lagi bermain di bibir.
Janganlah kita juga secara berterusan mengubah atau mengubal sesuatu perkara tanpa menilai setiap segi....kerana perkara ini mampu memberikan kesan yang mendalam kepada para pewaris bangsa negara yang melaluinya, mereka akan mudah keliru, bingung. Itukah yang kita mahu sebenarnya?melahirkan anak bangsa yang serba keliru?serba bingung?wajarkah ini?tepuk dada, tanyalah selera. Ingatlahlah anak-anak bangsa inilah pewaris harapan negara. Jika kita menyediakan acuan yang sedemikian rupa, begitulah bentuk yang kita akan perolehnya satu ketika nanti.Hayatilah....

SEKALI AIR BAH...SEKALI PASIR BERUBAH...

Cantik sekali bukan kata-kata yang diciptakan untuk mengambarkan setiap sikap dan perlakuan manusia.penulis akur dengan pernyataan ini.begitu tepat sekali perumpamaannya.penulis sendiri dapat merasai perubahan ini terhadap seseorang di samping penulis.benarlah juga kata orang, manusia boleh berubah,akan berubah dan setiasa berubah.walaupun sakit kenyataan ini, namun, itulah realiti yang harus kita hadapi dan tempuhi.kadang-kadang, kita sendiri tidak pernah akan sangka akan perubahan secepat ini.apa yang diimpikan, diciptakan bagaikan musnah sekelip mata.sakit sekali rasanya perasaan ini.
Perubahan yang berlaku atas pelbagai sebab, keadaan sekeliling, perasaan sendiri ataupun pengaruh daripada orang lain. Ya, perubahan ini juga sering berlaku tanpa kita sedari, biarpun kita akan selalu menyatakan kita adalah benar, kita tidak pernah berubah, realitinya bukan kita yang harus menilai diri kita, orang lain yang merasainya, memahami, dan kadangkala turut sama menderita kerananya...orang lain adalah cerminan bagi kita, bukannya kita sendiri yang boleh menilai setiap perlakuan dan perubahan kita.bukannya ada meter pada diri kita yang boleh menunjukkan takat perubahan diri kita.
Perubahan kita meninggalkan impak kepada seseorang atau orang sekeliling.kita harus lebih peka akannya, adakah adanya seseorang sedih atau terasa atas perubahan kita?Jika ya, mampukah kita membaikinya semula, jangan biarkan seseorang itu berasa diketepikan atau dipinggirkan, dan janganlah kita sering meluahkan segala ketidakpuasan hati kita terhadap seseorang tanpa mengambil kira perasaan dia ketika itu. Adalah menyakitkan jika menerima semua itu walaupun kadangkala dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya salahnya.
Penulis rasakan lagu ni banyak mengambarkan perasaan orang yang merasai perubahan tersebut...terimalah lagu bertajuk “kisah sedih” daripada Marshanda....