Thursday, August 13, 2009

Minggu konvo di UM

Minggu konvo. apa yang dapat kita perhatikan tika minggu ini tiba?kegembiraan?sudah semestinya bagi sesiapa yang bersusah payah, berpenat lelah mengabdikan dirinya kepada tanggungjawab beliau sebagai mahasiswa/i di Universiti selama 3 atau 4 (bergantung kepada kursus yang diambil). tika ini juga pelbagai persiapan yang perlu dilakukan.bagi bakal graduan perempuan, baju apa yang harus dipakai, kasut apa (selalunya kasut bertutup muncung tajam yang 'in' la) siapa yang akan datang bersama (keluarga + bf) dan 1001 satu perkara lagi. semuanya berkaitan dengan konvo. bagi graduan lelaki penulis merasakan mereka simple saja kot, yang penting dapat mencari sesuatu yang menepati tema majlis tersebut.memetik kata2 seseorang "kalau pakai baju yang grand mcm mana pun tetap dilindungi dengan jubah, jadi x perlu semua itu, cukuplah sekadar memenuhi keperluan majlis". apabila difikirkan betul juga kata beliau.hehe.

Satu perkara yang menarik perhatian tibanya minggu konvo nie :

- parking tak cukup (susah benar nak cari parking jika datang UM waktu nie, berpeluh jugalah bagi sesiapa tak biasa dengan persekitaran UM)
-Guard pun banyak (nasib la penulis dah beli sticker UM, perjalanan masuk UM menjadi lancar)
-Gerai makan konvo banyak sgt,sampai tak tau nak p makan mana la, ikut negeri plak 2 (dulu la penulis selalu melawat gerai tu semua, tapi skarang malas nak bersesak dengan ramai orang. lagipun virus H satu N satu sedang menular sekarang,baik cegah sebelum parah)
-banyak orang bawa bunga (cantik-cantik semua bunga 2, luv it!!!!)
-ramai graduan yang ambil gambar di segenap sudut UM di fakulti, library,depan pintu masuk UM - and the famous landmark mesti kat yang tulis tahun 2007 ke, 2008 ke atau 2009 Universiti Malaya, wajib tu. (penulis pun pernah melakukan perkara yang sama.hehe)
hmmm...apa lagi ya...ada lagi nie....tapi itulah yang nampak ketara sangat.Namun, apapun minggu konvo adalah antara hari bersejarah yang dikenang dalam diri setiap graduan yang pernah melaluinya...dan antara hari yang paling mengembirakan dalam hidup penulis kerana jelas terpancar kegembiraan dan kebanggaan di wajah ibubapa penulis ketika hari tersebut. sesungguhnya kejayaan penulis adalah kejayaan ibubapa penulis juga, tanpa mereka siapalah penulis...

Tuesday, August 11, 2009


A good friend is a connection to life - a tie to the past, a road to the future, the key to sanity in a totally insane world. ~Lois Wyse



Unforgettable moments! ya, hujung minggu yang lepas mengambarkan segalanya. perhimpunan antara sahabat baik mampu menghilangkan segala kepenatan yang ditanggung sepanjang minggu tersebut. walaupun hanya 3 orang yang dapat hadir antara 6 sahabat penulis namun perjumpaan tersebut membawa seribu erti. bukan senang sebenarnya hendak menghimpunkan semua orang, plan yang rapi harus dilakukan dan selalunya melibatkan events yang besar sahaja, contohnya time ptunangan salah seorang daripada kami, then ketika itulah semua hadir!hehe. tapi hujung minggu lepas, kami mampu berjumpa, berhimpun, bercerita, bertukar pendapat dan pelbagai 'ber' lagi sebelum semuanya kembali sibuk dalam dunia masing-masing.


ramai yang mengakui bahawa zaman persekolahan antara zaman yang tidak dapat dilupakan. tiada apa yang perlu dirisaukan seperti sekarang, tika itu yang bermain di fikiran hanyalah kerja sekolah, pergi sekolah, balik sekolah dan segalanya berkaitan sekolah.ahhh indahnya saat tu...masih segar lagi dalam fikiran penulis bagaimana fanatiknya salah seorang sahabat penulis dengan guru sejarah kami yang hensem, pelbagai tricks dan muslihat dilakukan untuk menarik perhatian guru tersebut.(perhatian: kami semua dari sekolah perempuan, dats y la).hehe.bergembira sahaja kami semua saat tu, kalau exam betul2 exam, then kalu stadi,betul2 tadi, kalau main juga benar2 main.hmmm...nostalgia yang tak mungkin penulis lupakan...


kini...semuanya berubah, masing2 dgn kehidupan tersendiri, tanggungjawab sendiri...sememangnya itulah hakikat kehidupan...penulis tidak pernah menyesalinya, bahkan penulis gembira dan bersyukur kerna dianugerahkan perjalanan hidup yang sedemikian rupa, perkenalan dengan mereka semua mengubah persepsi penulis terhadap kehidupan dan mengenal erti sebenar persahabatan.itulah yang lebih penting sebenarnya.



Thursday, August 6, 2009

Wajah Baru, Layout Baru

Berbunga-bunga hati penulis mendapat tunjuk ajar daripada seorang sahabat yang cekap dalam penghasilan blog nie (thanks cik esah)...banyak yang ditunjukkan berkaitan men'transformasi'kan blog penulis nie kerna walaupun berminat dengan penulisan dan pembloggan nie, namun jika membabitkan intipati dalaman penghasilannya penulis terpaksa angkat tangan dan menyerahkannya pada yang layak.hehe.
Akhirnya siaplah sudah layout baru blog penulis, haha.rasanya lepas nie bertukar ganti rasanya layout nie. namun motif utama layout penulis hanya satu - bunga. Kenapa bunga?entah.mayb bunga melambangkan kecantikkan. bunga melambangkan kelembutan dan bunga melambangkan segalanya yang wajar ada dalam diri seorang gadis dan wanita...

Wednesday, June 24, 2009

Cermin itu

Cermin itu,
Tampak gah.
untuk apa?
Untuk mengagungkan dirinya?
Untuk meninggikan imejnya?

Cermin itu,
tampak kotor.
Wajarkah dibersihkan?
Hilangkah kekotorannya?

Cermin itu,
memperlihatkan realiti.
benarkah itu realitinya?
Benarkah itu dirinya?

Bukan!Bukan!
Cermin itu bukanlah cerminan dirinya.
Siapakah cermin sebenarnya?
Manusia adalah cermin hakiki.

HARAPAN...IMPIAN...MIMPI...

Orang lama kita seringkali berpesan, “janganlah kita terlalu berharap, kerana jika takdirnya tidak seperti yang kita harapkan, besar kekecewaannya”. Ya, penulis akuinya, semakin besar harapan kita, semakin besarlah kekecewaan yang bakal kita hadapi. Bagi sesiapa yang pernah kecewa, sakit bukan?sakit yang bukan kepalang. Sakit fizikal boleh dilihat, namun, sakit yang di dalam, sukar untuk orang luar mentafsirkannya, ditambah lagi kesakitan ini apabila jika kita berusaha menyembunyikannya, memang sakit yang teramat sangat. Ahh...apa yang penulis rapikkan nie?berbalik dengan harapan kita tadi, penulis sebenarnya takut untuk meletakkan harapan yang tinggi kerana takut ianya akan hilang dalam sekelip mata saja.cuba bayangkan jika ini berlaku, mampukah penulis menghadapinya? bersediakah penulis?tidak kiralah sama ada bersedia atau tidak, jika sedemikian catatanNya, itulah lah realitinya.
Impian pula adalah sesuatu yang lebih lembut untuk diperkatakan...impian dan cita2 tidak banyak bezanya, kita boleh menanam impian yang mampu membantu kita fokus kepada matlamat dan cita-cita.Apa yang penting kita kita yakin dengan matlamat dan hala tuju yang ingin digapai.
Mimpi, mungkin hanya bersifat sementara, boleh hilang pada bila-bila masa, namun, mimpi mengindahkan hidup kita, mendamaikan jiwa kita jika apa yang dimimpikan adalah sesuatu yang indah. Mimpi juga mampu meruntun jiwa yang lara,jika demikian, lepaslah pegangan mimpi, berpaksikanlah kepada semula kepada realiti itulah yang sebaiknya.
Bagi diri penulis, penulis cuma mampu berdoa kepada Allah S.W.T agar semuanya berjalan dengan lancar...dugaan pasti akan datang...cuma penulis seharusnya bersedia, tabah, sabar dalam menghadapinya....penulis akan sentiasa tanamkan dalam diri ini dengan motto “harapan janganlah mengunung, impian seiring usaha, mimpi pula bukanlah sesuatu yang hakiki”. mimpi indah semua...

Monday, June 22, 2009

MELAHIRKAN PEWARIS NEGARA YANG KELIRU?ITUKAH YANG KITA HARAPKAN?

Sudah lama sebenarnya perkara ini berbuku di hati penulis. Sakit hati sebenarnya saban hari melihat isu ini dipolitikkan.apa isunya, ahhh rasanya semua orang tahu mengenainya...isu bahasa inggeris dalam sistem pendidikan di Malaysia. Apa sebenarnya yang cuba ditonjolkan?memajukan pewaris tunggak negara kita dengan bahasa Inggeris? Ya, sememangnya penulis tidak menafikan, bahasa ini sangatlah penting, namun janganlah berterusan mempolitikkannya. Carilah jalan penyelesaian segera supaya setiap masa yang ada tidak dipersiakan. Jangan lah kita terus menerus melakukan perbincangan, namun jalan penyelesaian tidak ke mana. Ingatlah para pewaris bangsa ini tidak menunggu anda, masa depan mereka terus berjalan detik demi detik....
Penulis bercakap daripada pengalaman penulis sendiri, adik penulis, sangat meminati pelajaran sains, setiap hari bercerita tentang eksperimen sains yang dipelajari dan dilakukannya di sekolah...beliau, minat, namun apabila tiba waktu peperiksaan, beliau kecundang...kenapa?bahasa inggeris jawapannya...untuk pengetahuan semua, ibubapa keluarga penulis mewakili sebahagian kecil atau besar ibubapa yang tidak berpelajaran tinggi, ibubapa penulis tidak mampu untuk mengajar anak-anak di rumah kerana kekangan ini. Sukar sebenarnya kerana mereka tidak memahami satu patah sekalipun dalam pelajaran yang dipelajari oleh anak-anak mereka, jadi bagaimana mereka hendak membantu? pada masa yang sama juga, keluarga kami bukannya orang yang senang yang mampu menghantar anak-anak ke kelas tuisyen bagi setiap mata pelajaran ini, jadi terus tenggelamlah adik-adik penulis dalam minat yang tinggi dalam mata pelajaran ini namun, akibat halangan yang satu ini.

Penulis juga melihat perkara ini dari setiap pengalaman yang penulis lalui ketika belajar dulu, walaupun tiadanya dasar nan satu ini, penulis masih lagi mampu belajar sehingga ke universiti dan sehinggalah ke peringkat sarjana sekarang! Penulis juga masih mampu skor cemerlang dalam matematik dan sains biarpun dalam bahasa Melayu kerana kata kuncinya adalah satu, kita paham dan kita mampu meluahkan kefahaman secara terang dan jelas. Demikianlah dalam belajar, pemahaman yang jelas membantu kita menjayakan setiap solan yang datang kepada kita tidak kiralah dalam bahasa apa sekalipun biarpun bahasa ibunda kita. Lihat sahaja negara Jepun yang masih mampu bangkit sebagai negara termaju dunia biarpun bahasa ibunda masih lagi bermain di bibir.
Janganlah kita juga secara berterusan mengubah atau mengubal sesuatu perkara tanpa menilai setiap segi....kerana perkara ini mampu memberikan kesan yang mendalam kepada para pewaris bangsa negara yang melaluinya, mereka akan mudah keliru, bingung. Itukah yang kita mahu sebenarnya?melahirkan anak bangsa yang serba keliru?serba bingung?wajarkah ini?tepuk dada, tanyalah selera. Ingatlahlah anak-anak bangsa inilah pewaris harapan negara. Jika kita menyediakan acuan yang sedemikian rupa, begitulah bentuk yang kita akan perolehnya satu ketika nanti.Hayatilah....

SEKALI AIR BAH...SEKALI PASIR BERUBAH...

Cantik sekali bukan kata-kata yang diciptakan untuk mengambarkan setiap sikap dan perlakuan manusia.penulis akur dengan pernyataan ini.begitu tepat sekali perumpamaannya.penulis sendiri dapat merasai perubahan ini terhadap seseorang di samping penulis.benarlah juga kata orang, manusia boleh berubah,akan berubah dan setiasa berubah.walaupun sakit kenyataan ini, namun, itulah realiti yang harus kita hadapi dan tempuhi.kadang-kadang, kita sendiri tidak pernah akan sangka akan perubahan secepat ini.apa yang diimpikan, diciptakan bagaikan musnah sekelip mata.sakit sekali rasanya perasaan ini.
Perubahan yang berlaku atas pelbagai sebab, keadaan sekeliling, perasaan sendiri ataupun pengaruh daripada orang lain. Ya, perubahan ini juga sering berlaku tanpa kita sedari, biarpun kita akan selalu menyatakan kita adalah benar, kita tidak pernah berubah, realitinya bukan kita yang harus menilai diri kita, orang lain yang merasainya, memahami, dan kadangkala turut sama menderita kerananya...orang lain adalah cerminan bagi kita, bukannya kita sendiri yang boleh menilai setiap perlakuan dan perubahan kita.bukannya ada meter pada diri kita yang boleh menunjukkan takat perubahan diri kita.
Perubahan kita meninggalkan impak kepada seseorang atau orang sekeliling.kita harus lebih peka akannya, adakah adanya seseorang sedih atau terasa atas perubahan kita?Jika ya, mampukah kita membaikinya semula, jangan biarkan seseorang itu berasa diketepikan atau dipinggirkan, dan janganlah kita sering meluahkan segala ketidakpuasan hati kita terhadap seseorang tanpa mengambil kira perasaan dia ketika itu. Adalah menyakitkan jika menerima semua itu walaupun kadangkala dia sendiri tidak tahu apakah sebenarnya salahnya.
Penulis rasakan lagu ni banyak mengambarkan perasaan orang yang merasai perubahan tersebut...terimalah lagu bertajuk “kisah sedih” daripada Marshanda....

Friday, May 22, 2009

mat rempit?samseng jalanan?pelesit rempit?apa bezanya????

penulis terpanggil untuk mengutarakan sedikit pandangan tentang isu ini.memang menyakit jika setiap hari dihidangkan dengan isu yang sama.merimaskan!!!namun itulah realiti yang harus kita hadapi di Malaysia kini.isu ini bukannya isu yang baru, sebenarnya telah lama meresap dalam budaya kita, boleh dikatakan wujud sejak zaman ayah penulis muda-muda lagi.walaupun demikian, bagaikan barah, isu ini timbul lagi, malah semakin menyesakkan telinga dan mata masyarakat!!!apakah sebab???darah muda?kepincangan masyarakat?atau pengaruh budaya yang tidak berkesudahan?
bagi penulis ini bukannya budaya kuning sepertimana yang kita selalu katakan "inilah budaya barat", "inilah hasil pengaruh barat" bla...bla...salah tu, rasanya ini budaya kita sendiri, mungkinlah diceduk sedikit sebanyak tapi still part of budaya anak muda kita kini.apa kita patut buat dengannya?berbangga?ahhh, orang gila sahaja yang akan mengutarakan sedemikian rupa!budaya ini sebenarnya satu perkara yang harus dibincang secara serius sekali.ini melibatkan masa depan anak muda kita!anak Melayu!!!!!ya, inilah yang kita harus terima, anak Melayu sendiri!!!golongan inilah yang akan mewarisi masa depan negara (bukannya penulis tua lagi, namun dewasalah skit daripada golongan "mat rempit" ini semua).apa yang penulis cuba katakan, jika rosaklah warisan bangsa ini, bagaimanakah mereka hendak mengembleng tenaga mewarisi tampuk masa depan negara???satu persoalan yang harus difikirkan dengan panjang lebar bukan?ahhhh,begitu menyesakkan lagi sekali fikiran penulis!!!!dah la dengan tesis lagi,ditambah pula dengan masalah sebegini, mungkin ramai akan mempertikaikan, tidak perlulah ambil tahu, jika sakit kepala, tapi penulis merasakan penulis kena meluahkan nya juga kerana its part of my responsibility, kerana ini melibatkan anak bangsa penulis sendiri!!!!
Apa yang menghairankan penulis dalam isu ini, kenapalah para pembesar, ilmuan dan tokoh2 hanya berfokuskan kepada isu luaran sahaja contohnya dengan mencari nama untuk mengantikan nama mat rempit ini?sewajarnya, isu pokok yang harus diutamakankan iaitu langkah penyelesaian yang proaktif!!!penulis bersetuju dengan kata-kata Tokoh Ulama, kenakan hukuman yang berat, ya, ada benarnya juga,ini untuk kebaikan mereka(mat rempit) juga. untuk menjaga mereka dan menakutkan mereka supaya menjauhi aktiviti yang tidak berfaedah langsung ini.
satu perkara lagi, filem2,drama2,teater2, yang kononnya memaparkan realiti kehidupan golongan begini seharusnya tidak digalakkan untuk dipertontonkan.bagi penulis, bukannya sebagai pengajaran untuk para remaja,kanak-kanak, dan masyarakat amnya,sebaliknya menambahkan minat mereka lagi terhadap perkara ini.ingatlah,golongan yang baru nak berkembang ini sebenarnya gemar mencuba sesuatu yang baru,oleh itu,tayangan seperti ini seperti mencambahkan minat mereka!!penulis bercakap daripada pengalaman adik penulis sendiri yang baru berumur 11 tahun, baginya aktiviti rempit ini adalah sesuatu yang "cool".malahan, adik penulis tahu semua istilah2 rempit ini, dari "wekang-lah,willie lah dan macam-macam lagi istilah yang penulis sendiri tidak pernah tahu.dari mana beliau tahu?meminjam kata-kata Nabil, "lu fikirlah sendiri". wasalam.