Friday, July 4, 2008

wah...nampaknya sudah lama penulis tidak post kan apa yang terbuku di hati.bukannya tidak ingin, namun segala kekangan yang ada membataskan masa penulis.penat rasanya mengharungi kehidupan ini.namun, life must go on rite?

kesibukan.
saban hari penulis di himpit dengan kesibukan.kadangkala penulis tidak sedar apakah kesibukan yang nyata membelenggu diri ini.hasilnya tidaklah banyak sebanding dengan kesibukan yang dikatakan.penulis ragu.hendak dikatakan penulis seperti dahulu membaca buku di saban hari.tidak rasanya.entahnya.kadangkala, penulis tenggelam dalam dunia penulis sendiri.sedar2 sahaja, masa semakin meninggal penulis.pelik bukan?ya lah. mungkin benar apa yang dikatakan bijak pandai, masa tidak menuggu kita.kita yang harus mgejarnya.penatnya mgejar masa ini.susahnya realiti kehidupan ini.ahhh.penulis mengeluh lagi!

politik malaysia.
hmmm...smakin memberangsangkan nampaknya.bukannya dengan cerita yang baik2.tapi pelbagai aib dan penuh kebusukan.kadang2 malas bagi penulis untuk mengikutinya.namun, apakan daya penulis kena mengambil tahu tentangnya.tentunya penulis tidak mahu digelar katak di bawah tempurung.entahlah.penulis selalu menanamkan di dalam hati kata - kata ini, biarlah luncai terjun dengan labu2nya.apalah masa depan politik Malaysia...hmmm...penulis pun tidak pasti!

M.A
arrrghhh!!!jika difikirkan mahu biul kepala penulis dibuatnya.surat yang ditunggu untuk kunjung tiba sampai sekarang tiada kabar berita.hendak berjumpa pegawai yang mguruskannya sukar utk digambarkan.mungkin minggu depan, penulis kena try a little bit harder.apapun kita tunggu dan lihat.yang penting sekali tawakal.

life must go on....lalalalalalala

Monday, March 10, 2008

kejutan PRU 12!!!

luar jangkaan!!itulah antara perkataan yang sesuai mengambarkan senario politik negara yang berlaku selepas pilihanraya.kegagalan BN dalam mempertahankan kerusinya di 4 negeri sebelah pantai barat membuktikan bahawa Pak Lah silap perhitungan dalam kempen pilihanrayanya. jika dilihat sblum ini, kempen lebih menjurus kepada Kelantan dan Terengganu.cuba kita lihat berapa banyak iklan / rancangan televisyen memperlihatkan kemajuan yang dibawa BN ke Tengganu dan bermacam2 lagi bentuk kempen yang berfokuskan Pantai Timur ini, namun, akhirnya apa yang terjadi???BN kalah hampir setiap negeri di bahagian Pantai Barat Semenanjung. bak kata orang2 tua, yang di kejar x dapat, yang di kendong pula berciciran.

nampaknya, Pak Lah dan jenteranya seharusnya mencari atau menganalisis semula apa sebenarnya punca kekalahan teruk mereka ini. mungkin kerana rakyat mula sedar akan segala permainan politik yang dimainkan oleh pemerintah sebelum ini??bagi penulis, rakyat kini telah bijak menilai, bukannya termakan dengan hasutan atau helah pembangkang. malahan, negara telah 50 tahun merdeka, dunia sekarang dunia It, jadi tidak mustahil rakyat lebih berpaksikan pengetahuan yang mereka ada dalam membuat penilaian terhadap pentadbiran negara.

mungkin juga, rakyat semakin mual dengan percaturan media elektronik dan media cetak yang saban hari ketika kempen PRU secara terang lagi bersuluh menunjukan sikap berat sebelah dalam melaporkan berita mereka. Pembangkang bagaikan tiada ruang langsung dalam menyuarakan pendapat mereka.jadi relevenkah demokrasi negara kita?kerana kita sedia maklum bahawa salah satu ciri demokrasi adalah kebebasan dalam menyuarakan pendapat.

dengan itu, diharap kemenangan pihak pembangkang mampu menyeimbangkan kuasa yang wujud dalam kerajaan untuk kesejahteraan kita bersama kerna sememangnya tugas pembangkang untuk menjadi 'check n balance' .sesungguhnya ini penting bagi tidak mewujudkan hanya satu kuasa majoriti sahaja yang di dengari. kan permuafakatan itu lebih elok caranya.bukan maksud penulis untuk menyebelahi mana2 pihak, penulis mungkin mewakili sebahagian kecil suara warga muda yang mahu melihat kesejahteraan, keadilan, dan ketelusan dalam politik negaranya kerna kami jugalah yang akan mewarisi tampuk pemerintahan ini satu hari nanti.jika dibiarkan berterusan seperti sebelum ini, tentulah sukar bagi kami( generasi pelapis ) untuk membaikinya semula jika ianya rosak atau binasa nanti.sebaiknya cegah sebelum parah kan??

semoga kerajaan yang baru dibentuk ini mampu membawa Malaysia terus ke mercu kejayaan.sesungguhnya penulis dan lainnya sememangnya mahukan negara yang AMAN.SELAMAT.SEJAHTERA.opps terlupa juga negara yang ADIL. wassalam.

Wednesday, February 20, 2008

menulis lagi...

menulis lagi?ya, penulis perlu menulis semula.ini bukannya penulisan biasa, namun penulisan berdasarkan penyelidikan.jika sebelum ini penulis telah melalui pengalaman yang sama ketika menulis untuk B.A dulu, kini pengalaman sama akan penulis lalui sekali lagi.rasanya tidak sanggup rasanya untuk melalui saat2 yang sama ketika menyiapkan tesis B.A dulu, namun, atas semangat n sokongan keluarga, si dia ,rakan2 perjuangan dan pensyarah ini harus dilakukan sekali lagi.
pada mulanya sukar untuk mencari tajuk yang sesuai dikaji.jika sebelum ini tumpuan berfokuskan adat dalam masyarakat Jawa,kini, fokus penulis terarah kepada etnik melayu, mungkin kerana ingin cuba kembali mencari akar umbi membuatkan penulis bertambah semangat untuk melakukan peyelidikan sekali lagi.
penulis akui, menulis untuk M.A lebih sukar berbanding B.A.sememangnya tiada benda yang senang dalam dunia nie, namun, semuanya dapat kita atasi berkat kesabaran dalam diri.jika penulis mampu melaluinya dulu, kenapa tidak lagi?mungkin hanya akan mengalami sedikit kepayahan pada awalnya namun, hasil dan pulangan yang diterima mampu membuatkan kita tersenyum bangga. tambahan pula, jika perjuangan ini juga mampu membuat kedua ibubapa menangis kegembiraan atas kejayaan ini, why not?penulis sanggup melalui kesusahan ini biarpun beribu kali. kegembiraan kedua ibubapa dan keluarga adalah perkara utama dalam hidup penulis. tanpa insan2 ini, siapalah penulis dan tentulah sukar untuk penulis berada dalam kedudukan penulis sekarang.
berbalik semula kepada penyelidikan penulis, bahan-bahan semakin banyak dikumpulkan, dan menulis proposalnya telah hampir separuh jalan.penulis juga semakin jelas untuk mengkaji apa yang ingin dikaji.cuma kadangkala, idea sukar untuk mencurah.tambahan pula, dengan tuntutan tugas, kepenatan selalu menjadi penghalang utama. tidak mengapa, penulis akan cuba sehinggalah ketitisan terakhir.
dalam kesibukan perjalanan hidup penulis ini saban hari, wadah berita, tidak akan penulis tinggalkan.penting sekali untuk kita mgikuti perkembangan semasa.piliharaya sememangnya telah menjadi fokus utama.seperti yang penulis post sebelum ini, buatlah penilaian yang bijak.bagi penulis tidak ada yang tidak kotor dalam permainan politik ini,belajarlah untuk menilai, kerana melalui pengalaman penulis sendiri, kadangkala, walaupun kita pasti dengan penilaian kita, tidak mustahil penilaian kita boleh salah.begitu jugalah dalam menilai seseorang.sesungguhnya,experience is the best way of learning!!wassalam.

Thursday, February 14, 2008

politik malaysia kembali berentak

ya, pengumuman Pak Lah semalam telah merancakan semula politik malaysia...parlimen dibubarkan, bermaknanya pilihanraya bakal menjelma.semua parti2 politik kembali sibuk.bukan kesibukan yang biasa, namun kesibukan yang luar biasa.tokoh politik juga tidak ketinggalan sama.jika dulu,sukar hendak nampak muka di kawasan masing2, kini semuanya bagai sireh pulang ke ganggang( penulis tidak pasti sesuaikah peribahasa ini..hehe..)

beberapa minggu dari sekarang jgk, seluruh negara akan dihiasi dengan perang poster...sungguh mengagumkan melihat 'pelaburan' yang dilakukan oleh setiap ahli / parti politik dalam usaha memenangi hati pengundi...bukannya poster saja...banyak lagi perkara yang menarik di belakang pilihanraya yang kita sebagai 'orang biasa' tidak tahu...namun, ini semua tidak menjadi persoalannya kerna dats how its goes...

sebagai orang biasa...kita cuma wajar melihat dan memerhati setiap tindak tanduk permainan politik di malaysia...kemudiannya nilailah sendiri...sebenarnya tidak susah untuk menilai ini...bukanlah pintu hati anda bukannya mata anda kerna mata boleh/mudah dikaburi melalui pelbagai cara...tapi mata hati... tidak...

sesungguhnya....jadilah penilai yang bijak...kerna keputusan di tangan anda...selamat menilai!!!!

Monday, February 11, 2008

tentang cinta

penulis begitu mekalonik hari ini...ingin bercakap tentang subjek yang begitu digemari bagi seseorang yang di lamun cinta...dan subjek yang mungkin kurang digemari bagi yang mempunyai kenangan buruk tentang cinta...ya, kekecewaan cinta sememangnya menyakitkan...bagi sesiapa yang pernah melaluinya,sememangnya paham apa yang penulis cuba sampaikan....

rasanya sudah lama penulis tidak meluahkan apa yang terbuku di hati ini...selepas satu peristiwa demi peristiwa yang berlaku...penulis cuba untuk menulis kembali di sebalik kesempatan yang ada ini...topik yang menjadi pilihan...adalah cinta...entah kenapa???penulis kadang2 tidak pasti...mungkin kerana hati ini turut berbunga- bunga cintanya...hehe...alhamdulilah...

cinta...banyak kata2 yang diutarakan oleh cerdik pandai...kadang2 semanis madu...kadang2 sepahit hempedu...cinta bagi penulis adalah satu perasaan yang sukar digambarkan...ramai mengatakan,cinta adalah satu anugerah...dan sememangnya penulis bersetuju dengan kenyataan ini...bagi penulis anugerah ini satu nikmat yang tidak seharusnya kita persiakan...hargai cinta...peliharalah cinta...dan bajailah cinta itu...

namun, bukan bermaksud di sini, penulis terlalu mengagungkan cinta...cinta kita yang utama seharusnya kepada - NYA...janganlah kita lupa kenyataan ini...cinta juga seharusnya kedua ibubapa dan keluarga...kemudianya...barulah cinta kepada si dia...bergantung kepada harieki kita sendiri dalam menyusun keutamaan kita tentang cinta...yang pasti...kita harus memberikan keutamaan kepada yang penting dalam hidup kita...

bukan mudah sebenarnya untuk mengenali cinta...penulis sendiri pernah tertipu dengan cinta pertama...kekecewaan pernah membuatkan penulis terduduk untuk seketika...namun, penulis bangun semula dengan kekuatan yang baru....tidak semestinya kita seharusnya menangisi cinta yang pergi, kerana kita mungkin memperoleh cinta yang lebih baik darinya...

"Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati."

penulis begitu tertarik dengan kata-kata hamka berkenaan cinta....Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

benarlah seperti kata Hamka...kita tidak seharusnya patah semangat dengan kekecewaan cinta...bangun dan teruskan juga hidup walaupun tanpa cinta...kerana Allah tidak akan membiarkan hambanya kecewa untuk selamanya...ingatlah sentiasa ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...

Kepada Si Dia, ketahuilah...diri ini sangat menyayangi dirimu...semoga cinta kita ini di Diberkati Oleh NYA sehingga akhir hayat ini...Amin...

Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.