Monday, March 10, 2008

kejutan PRU 12!!!

luar jangkaan!!itulah antara perkataan yang sesuai mengambarkan senario politik negara yang berlaku selepas pilihanraya.kegagalan BN dalam mempertahankan kerusinya di 4 negeri sebelah pantai barat membuktikan bahawa Pak Lah silap perhitungan dalam kempen pilihanrayanya. jika dilihat sblum ini, kempen lebih menjurus kepada Kelantan dan Terengganu.cuba kita lihat berapa banyak iklan / rancangan televisyen memperlihatkan kemajuan yang dibawa BN ke Tengganu dan bermacam2 lagi bentuk kempen yang berfokuskan Pantai Timur ini, namun, akhirnya apa yang terjadi???BN kalah hampir setiap negeri di bahagian Pantai Barat Semenanjung. bak kata orang2 tua, yang di kejar x dapat, yang di kendong pula berciciran.

nampaknya, Pak Lah dan jenteranya seharusnya mencari atau menganalisis semula apa sebenarnya punca kekalahan teruk mereka ini. mungkin kerana rakyat mula sedar akan segala permainan politik yang dimainkan oleh pemerintah sebelum ini??bagi penulis, rakyat kini telah bijak menilai, bukannya termakan dengan hasutan atau helah pembangkang. malahan, negara telah 50 tahun merdeka, dunia sekarang dunia It, jadi tidak mustahil rakyat lebih berpaksikan pengetahuan yang mereka ada dalam membuat penilaian terhadap pentadbiran negara.

mungkin juga, rakyat semakin mual dengan percaturan media elektronik dan media cetak yang saban hari ketika kempen PRU secara terang lagi bersuluh menunjukan sikap berat sebelah dalam melaporkan berita mereka. Pembangkang bagaikan tiada ruang langsung dalam menyuarakan pendapat mereka.jadi relevenkah demokrasi negara kita?kerana kita sedia maklum bahawa salah satu ciri demokrasi adalah kebebasan dalam menyuarakan pendapat.

dengan itu, diharap kemenangan pihak pembangkang mampu menyeimbangkan kuasa yang wujud dalam kerajaan untuk kesejahteraan kita bersama kerna sememangnya tugas pembangkang untuk menjadi 'check n balance' .sesungguhnya ini penting bagi tidak mewujudkan hanya satu kuasa majoriti sahaja yang di dengari. kan permuafakatan itu lebih elok caranya.bukan maksud penulis untuk menyebelahi mana2 pihak, penulis mungkin mewakili sebahagian kecil suara warga muda yang mahu melihat kesejahteraan, keadilan, dan ketelusan dalam politik negaranya kerna kami jugalah yang akan mewarisi tampuk pemerintahan ini satu hari nanti.jika dibiarkan berterusan seperti sebelum ini, tentulah sukar bagi kami( generasi pelapis ) untuk membaikinya semula jika ianya rosak atau binasa nanti.sebaiknya cegah sebelum parah kan??

semoga kerajaan yang baru dibentuk ini mampu membawa Malaysia terus ke mercu kejayaan.sesungguhnya penulis dan lainnya sememangnya mahukan negara yang AMAN.SELAMAT.SEJAHTERA.opps terlupa juga negara yang ADIL. wassalam.

Wednesday, February 20, 2008

menulis lagi...

menulis lagi?ya, penulis perlu menulis semula.ini bukannya penulisan biasa, namun penulisan berdasarkan penyelidikan.jika sebelum ini penulis telah melalui pengalaman yang sama ketika menulis untuk B.A dulu, kini pengalaman sama akan penulis lalui sekali lagi.rasanya tidak sanggup rasanya untuk melalui saat2 yang sama ketika menyiapkan tesis B.A dulu, namun, atas semangat n sokongan keluarga, si dia ,rakan2 perjuangan dan pensyarah ini harus dilakukan sekali lagi.
pada mulanya sukar untuk mencari tajuk yang sesuai dikaji.jika sebelum ini tumpuan berfokuskan adat dalam masyarakat Jawa,kini, fokus penulis terarah kepada etnik melayu, mungkin kerana ingin cuba kembali mencari akar umbi membuatkan penulis bertambah semangat untuk melakukan peyelidikan sekali lagi.
penulis akui, menulis untuk M.A lebih sukar berbanding B.A.sememangnya tiada benda yang senang dalam dunia nie, namun, semuanya dapat kita atasi berkat kesabaran dalam diri.jika penulis mampu melaluinya dulu, kenapa tidak lagi?mungkin hanya akan mengalami sedikit kepayahan pada awalnya namun, hasil dan pulangan yang diterima mampu membuatkan kita tersenyum bangga. tambahan pula, jika perjuangan ini juga mampu membuat kedua ibubapa menangis kegembiraan atas kejayaan ini, why not?penulis sanggup melalui kesusahan ini biarpun beribu kali. kegembiraan kedua ibubapa dan keluarga adalah perkara utama dalam hidup penulis. tanpa insan2 ini, siapalah penulis dan tentulah sukar untuk penulis berada dalam kedudukan penulis sekarang.
berbalik semula kepada penyelidikan penulis, bahan-bahan semakin banyak dikumpulkan, dan menulis proposalnya telah hampir separuh jalan.penulis juga semakin jelas untuk mengkaji apa yang ingin dikaji.cuma kadangkala, idea sukar untuk mencurah.tambahan pula, dengan tuntutan tugas, kepenatan selalu menjadi penghalang utama. tidak mengapa, penulis akan cuba sehinggalah ketitisan terakhir.
dalam kesibukan perjalanan hidup penulis ini saban hari, wadah berita, tidak akan penulis tinggalkan.penting sekali untuk kita mgikuti perkembangan semasa.piliharaya sememangnya telah menjadi fokus utama.seperti yang penulis post sebelum ini, buatlah penilaian yang bijak.bagi penulis tidak ada yang tidak kotor dalam permainan politik ini,belajarlah untuk menilai, kerana melalui pengalaman penulis sendiri, kadangkala, walaupun kita pasti dengan penilaian kita, tidak mustahil penilaian kita boleh salah.begitu jugalah dalam menilai seseorang.sesungguhnya,experience is the best way of learning!!wassalam.

Thursday, February 14, 2008

politik malaysia kembali berentak

ya, pengumuman Pak Lah semalam telah merancakan semula politik malaysia...parlimen dibubarkan, bermaknanya pilihanraya bakal menjelma.semua parti2 politik kembali sibuk.bukan kesibukan yang biasa, namun kesibukan yang luar biasa.tokoh politik juga tidak ketinggalan sama.jika dulu,sukar hendak nampak muka di kawasan masing2, kini semuanya bagai sireh pulang ke ganggang( penulis tidak pasti sesuaikah peribahasa ini..hehe..)

beberapa minggu dari sekarang jgk, seluruh negara akan dihiasi dengan perang poster...sungguh mengagumkan melihat 'pelaburan' yang dilakukan oleh setiap ahli / parti politik dalam usaha memenangi hati pengundi...bukannya poster saja...banyak lagi perkara yang menarik di belakang pilihanraya yang kita sebagai 'orang biasa' tidak tahu...namun, ini semua tidak menjadi persoalannya kerna dats how its goes...

sebagai orang biasa...kita cuma wajar melihat dan memerhati setiap tindak tanduk permainan politik di malaysia...kemudiannya nilailah sendiri...sebenarnya tidak susah untuk menilai ini...bukanlah pintu hati anda bukannya mata anda kerna mata boleh/mudah dikaburi melalui pelbagai cara...tapi mata hati... tidak...

sesungguhnya....jadilah penilai yang bijak...kerna keputusan di tangan anda...selamat menilai!!!!

Monday, February 11, 2008

tentang cinta

penulis begitu mekalonik hari ini...ingin bercakap tentang subjek yang begitu digemari bagi seseorang yang di lamun cinta...dan subjek yang mungkin kurang digemari bagi yang mempunyai kenangan buruk tentang cinta...ya, kekecewaan cinta sememangnya menyakitkan...bagi sesiapa yang pernah melaluinya,sememangnya paham apa yang penulis cuba sampaikan....

rasanya sudah lama penulis tidak meluahkan apa yang terbuku di hati ini...selepas satu peristiwa demi peristiwa yang berlaku...penulis cuba untuk menulis kembali di sebalik kesempatan yang ada ini...topik yang menjadi pilihan...adalah cinta...entah kenapa???penulis kadang2 tidak pasti...mungkin kerana hati ini turut berbunga- bunga cintanya...hehe...alhamdulilah...

cinta...banyak kata2 yang diutarakan oleh cerdik pandai...kadang2 semanis madu...kadang2 sepahit hempedu...cinta bagi penulis adalah satu perasaan yang sukar digambarkan...ramai mengatakan,cinta adalah satu anugerah...dan sememangnya penulis bersetuju dengan kenyataan ini...bagi penulis anugerah ini satu nikmat yang tidak seharusnya kita persiakan...hargai cinta...peliharalah cinta...dan bajailah cinta itu...

namun, bukan bermaksud di sini, penulis terlalu mengagungkan cinta...cinta kita yang utama seharusnya kepada - NYA...janganlah kita lupa kenyataan ini...cinta juga seharusnya kedua ibubapa dan keluarga...kemudianya...barulah cinta kepada si dia...bergantung kepada harieki kita sendiri dalam menyusun keutamaan kita tentang cinta...yang pasti...kita harus memberikan keutamaan kepada yang penting dalam hidup kita...

bukan mudah sebenarnya untuk mengenali cinta...penulis sendiri pernah tertipu dengan cinta pertama...kekecewaan pernah membuatkan penulis terduduk untuk seketika...namun, penulis bangun semula dengan kekuatan yang baru....tidak semestinya kita seharusnya menangisi cinta yang pergi, kerana kita mungkin memperoleh cinta yang lebih baik darinya...

"Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati."

penulis begitu tertarik dengan kata-kata hamka berkenaan cinta....Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

benarlah seperti kata Hamka...kita tidak seharusnya patah semangat dengan kekecewaan cinta...bangun dan teruskan juga hidup walaupun tanpa cinta...kerana Allah tidak akan membiarkan hambanya kecewa untuk selamanya...ingatlah sentiasa ada hikmah di sebalik apa yang berlaku...

Kepada Si Dia, ketahuilah...diri ini sangat menyayangi dirimu...semoga cinta kita ini di Diberkati Oleh NYA sehingga akhir hayat ini...Amin...

Cinta umpama bunga di taman yang sedang mekar, hiasilah, jagalah taman kamu untuk kelihatan cantik dan ceria dan seandainya kamu tidak berbuat demikian, layulah bunga di taman dan rosaklah cinta yang sejati.

Tuesday, December 18, 2007

penipuan demi penipuan...

No man has a good enough memory to make a successful liar. ~Abraham Lincoln ...

If you tell the truth you don't have to remember anything. ~Mark Twain

Truth fears no questions. ~Unknown

penipuan demi penipuan sememangnya akan menganggu gugat ketenteraman jiwa seseorang...seseorang yang menipu akan takut dengan bayang-bayangnya sendiri...mereka sering lari daripada menjawab soalan demi soalan yang dikemukakan kerna mereka takut akan terperangkap dengan penipuan yang pernah mereka lafazkan sebelum ini...

kadang2 penulis tidak dapat lari daripada melakukan penipuan...tapi...penulis tidaklah sampai hati akan menipu dengan orang yang rapat dengan diri kita...tidak pernahkah org yang menipu itu terfikir jika satu hari nanti kebenaran akan terbongkar juga???

bagi penulis, penipuan bagaikan satu pengkhianatan.terutamanya bagi org yang rapat dengan kita.jadi wajarkah seseorang yang sering melakukan penipuan demi penipuan ini dimaafkan??jawapannya tentu sama sekali tidak bukan???kadang2 penulis sendiri keliru terhadap apa yang sebenarnya di inginkan oleh individu tersebut,penulis melayannnya seperti saudara sendiri,tapi individu tersebut tanpa segan dan silu terus melakukan penipuan demi penipuan...

hipnosis penulis terhadap individu yang sering melakukan penipuan ini mereka sebenarnya penuh dengan hasad dengki...walaupun secara luaran kelihatan baik, namun, siapa yang tahu apa yang bermain dalam hatinya...benarlah kata pepatah melayu " rambut sama hitam, namun hati manusia lain2"...

Friday, December 14, 2007

getaran jiwa...

penulis tidak pasti kenapa penulis berperasaan sedemikian...penulis bersyukur dan bahagia dengan apa yang penulis kecapi sekarang...namun...walaupun sedikit berita yang berkaitan seseorang dari kisah silam penulis dahulu, ianya mampu mengetarkan jiwa penulis.walaupun getaran tidak sekuat dahulu, namun, getaran ini masih lagi wujud jauh di dasar hati penulis...hmmm...penulis sendiri bingung dengan keadaan ini...tapi dengan kekuatan daripada seseorang yang kini mengubati kekecewaan dan kelukaan penulis, alhamdulillah, penulis mampu mengharunginya...penulis bersyukur kepada segala anugerah-Nya.

sebenarnya, penulis sudah lama belajar utk melupakan kelukaan yang penulis hadapi, namun, tidak mustahil kelukaan itu akan dirasai kesakitannya bila parutnya di sentuh kan??yang penting sekarang penulis hanya mendoakan yang terbaik buatnya walau di mana dia berada. Malahan, seseorang yang rapat dengan penulis juga sering menasihatkan penulis supaya, maafkan saja apa yang 'seseorang dari kisah silam' penulis lakukan dulu, dan penulis akan memperoleh ketenangan yang penulis cari selama ini.dan itulah yang penulis cuba lakukan sekarang...

benarlah... ONLY TIME CAN HEAL THIS PAIN

Friday, November 9, 2007

politik...sejauh mana partisipasi remaja malaysia???

kenapa tiba2 penulis memilih topik yang serius???penulis sendiri tidak pasti...mungkin ketika ini sedang hangat dengan perhimpunan agung UMNO,jadi apabila penulis membaca paper sahaja tentang politik lah yang lebih menyerlah kan?jadi tidak salah rasanya untuk penulis bercakap berkenaan perkara ini.

dalam perkara ini penulis lebih senang menjadi pemerhati daripada terlibat secara serius dalamnya...politik malaysia adalah lebih mudah jika kita bandingkan dengan politik di negara2 asia tenggara yang lain.negara2 jiran malaysia lebih radikal dalam memperjuangkan kepentingan politik mereka. Indonesia sebagai contohnya, sangat peka dalam isu berkaitan politik dalam negaranya.

bukan bermaksud di sini, rakyat malaysia tidak peka dalam isu ini,penulis melihat daripada aspek partisipasi golongan remajanya dalam politik.mereka sungguh bersemangat!! penulis bercakap berdasarkan pengalaman penulis berada di sana satu ketika dahulu...namun, remaja malaysia???hmmm...sukar untuk diperkatakan di sini...mungkin remaja di sini terlalu dimanjakan jika dibandingkan dengan remaja di negara asia tenggara yang lain.mungkin juga kemakmuran yang golongan remaja malaysia nikmati masa kini membuatkan mereka leka dalam angan2 yang tidak pasti...

bagi penulis, remaja kita seharusnya lebih peka akan perkembangan politik negara,bukan hanya melukut di tepi gantang apabila isu-isu politik dibincangkn.dan politik juga tidak semestinya hanya dibincangkan oleh pihak tertentu sahaja,tetapi politik milik semua pihak terutamanya golongan remaja yang merupakan pewaris masa depan negara!wassalam.

Wednesday, November 7, 2007

kenangan cinta pertama...

jika bercakap tentang cinta pertama, penulis pasti ramai yang melaluinya...cuma yang membezakan cinta pertama kita adakah ianya kenangan manis ataupun sebaliknya...bagi penulis sendiri, cinta pertama adalah satu memori yang sukar untuk dilupakan walaupun penulis benar- benar mahu melupakannya...kadang- kadang, semakin kuat penulis mahu melupakan cinta pertama penulis, semakin kuat kenangannya datang...jadi tiada apa yang mampu penulis lakukan, hanyalah membiarkan kenangan ini datang dan pergi...

ya, penulis mengakui cinta pertama penulis tidak seindah yang penulis harapkan...penulis melalui kesakitan akibat kekecewaan cinta pertama penulis...tidak mampu penulis gambarkannya di sini, namun, penulis pasti sesiapa yang pernah melaluinya pasti akan memahami apa yang penulis perkatakan...

penulis mengambil masa yang agak lama untuk pulih daripada kekecewaan ini...berkat sokongan keluarga tercinta n rakan - rakan seperjuangan, penulis perlahan - lahan bangkit untuk meneruskan hidup yang ada...jika dahulu penulis hanya buta kerana cinta untuk sementara, kini penulis mula berpegang kepada alam yang nyata...penulis mula berhati-hati dalam permainan cinta...

adalah sukar untuk penulis memaafkan si dia atas apa yang dilakukannya, namun, penulis akur, sampai bilakah dendam ini harus di simpan??biarkan lah masa yang meleraikan dendam ini...kerana penulis yakin dendam ini pasti akan terlerai satu hari nanti...

kini...penulis mula belajar bercinta semula dengan berpaksikan pengajaran cinta yang lepas...ternyata penulis lebih gembira dengan cinta ini...benarlah, setiap yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri...biarlah doa dan kesabaran sentiasa mengiringi kita...wassalam...

bulan ini akhirnya muncul...

bulan...satu identiti atau subjek yang indah untuk diperkatakan...bulan seringkali menjadi lambang dalam kehidupan manusia..bagi orang yang sedang bercinta, bulan menjadi lambang percintaan mereka...bagi yang penulis puisi pula, bulan adalah sumber ilham mereka...begitulah bulan, yang sering setia menemani manusia berabad lamanya...

bagi penulis pula, bulan adalah lambang identiti penulis, nama penulis sendiri juga dikaitkan dengan bulan, kerana itulah bulan merasakan bulan ini terlalu dekat dengan diri penulis...jadi tidak salah jikanya penulis menggunakan bulan sebagai tajuk utama blog penulis kan???

penulis, sebenarnya telah lama menyimpan angan - angan untuk melibatkan diri dalam penulisan blog ini...namun, kesibukan dan tuntutan tanggungjawab sebagai pelajar selama ini membataskan angan2 penulis ini...

kini...segalanya berubah...penulis memasuki satu fasa baru dalam hidup penulis...dengan kesempatan yang ada penulis memulakan blog penulis sendiri kerana penulisan dan pembacaan adalah 'passion' penulis...

harapan penulis...blog ini adalah salah satu wadah untuk penulis meluahkan apa yang terbuku dalam fikiran penulis selama ini...sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah, dan sebaliknya daripada penulis sendiri...wassalam...